SEDC Nutreco Sdn Bhd, Entomal Borneo Sdn Bhd dan Natpro Biotech Sdn Bhd mengumumkan usaha sama untuk membangunkan projek inovatif pertanian dan akuakultur lestari, Black Soldier Fly (BSF) atau lalat askar hitam.
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam satu kenyataan berkata kerjasama ini bertujuan merevolusikan pengeluaran makanan mampan dan pengurusan sisa di Sarawak.
“Perjanjian ini menandakan satu langkah penting ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari, serta menyumbang kepada usaha membina masa depan negeri itu selari dengan prinsip ‘Prospering Sarawak Today for Tomorrow’ mereka.