SEDC Nutreco Sdn Bhd, Entomal Borneo Sdn Bhd dan Natpro Biotech Sdn Bhd mengumumkan usaha sama untuk membangunkan projek inovatif Black Soldier Fly (BSF) yang merupakan projek pertanian dan akuakultur lestari.
Usaha berkenaan yang dimeterai pada 5 September 2024 lepas dijangka mencipta perubahan besar dalam penghasilan makanan haiwan dan baja organik.
“Fokus utama projek ini adalah penubuhan fasiliti pengeluaran larva lalat hitam yang berpotensi tinggi sebagai ramuan berkualiti dalam makanan unggas dan akuakultur.
“Larva BSF kaya dengan protein dan nutrien penting, menjadikannya alternatif mampan kepada komponen makanan yang biasa diimport seperti tepung ikan dan soya, yang mempunyai jejak karbon tinggi,” menurut kenyataan itu hari ini.