BERDASARKAN Data Sisa Pepejal Tahun 2023, rakyat Malaysia membuang 17,379 tan sehari sisa makanan dan itu bersamaan 473 gram, untuk setiap individu.
Melihat kepada isu terbabit, Le Meridien Petaling Jaya, ahli WCT Holdings Bhd dan Marriott International menerusi Le Meridien Petaling Jaya mengambil inisiatif proaktif mengurus dengan pendekatan proses biokonversi mudah alih entomal.
Proses ini membolehkan sisa makanan dari dapur hotel diubah kepada sumber protein serangga yang kaya dengan nutrien dan baja organik.
Hasil daripada pengurusan sisa makanan yang menghasilkan protein serangga kaya dengan nutrien dan baja organik, ia dijual kepada penternak serta petani bandar.
Program itu direalisasikan menerusi kerjasama dengan Entomal Biotech Sdn Bhd.
Sementara itu Pegawai komersialnya Yanni Xinyan Ching berkata, kaedah penguraian ini menggunakan kurang tenaga dan menghasilkan kurang gas metana.
Dalam menghasilkan protein serangga dan baja organik itu, proses terbabit menggunakan lalat askar hitam (black soldier).
“Sisa makanan dalam industri hospitaliti antara isu penting dengan implikasi alam sekitar dan ekonomi selain pengeluaran sisa makanan membabitkan isi rumah.
To read more visit: https://www.hmetro.com.my/WM/2024/07/1116183/makanan-buat-baja